Program Literasi Komputer Pusat Internet 1Malaysia & GiatMara Padang Besar

08 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2018, telah berlangsung Program Literasi Komputer Pusat Internet 1Malaysia dengan kerjasama Pi1M Batas Lintang, Pi1M Tambun Tulang dan GiatMara Padang Besar. Program ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia RPA Arau. Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini memberi pendedahan tentang penggunaan laman sosial untuk memajukan perniagaan online.

Program ini diadakan mendapat penyertaan dari para pelajar GiatMara Padang Besar dalan jurusan Kimpalan , Fesyen & Aircond. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi1M dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi1M dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi1M sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali