Program Literasi Komputer Pusat Internet & GiatMara Padang Besar

18 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2018, telah berlangsung Program Literasi Komputer Pusat Internet dengan kerjasama PI Batas Lintang, PI Tambun Tulang dan GiatMara Padang Besar. Program ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia RPA Arau. Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini memberi pendedahan tentang penggunaan laman sosial untuk memajukan perniagaan online.

Program ini diadakan mendapat penyertaan dari para pelajar GiatMara Padang Besar dalan jurusan Kimpalan , Fesyen & Aircond. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali