Program Setempat Infaq Ramadhan
20 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2022, Kawasan Rukun Tertangga (KRT) mengadakan Program Setempat Infaq Ramadhan yang turut disertai oleh PEDi Batas Lintang bagi menjayakan program tersebut. Program bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Program ini bertujuan untuk Menjalinkan kerjasama antara KRT dan penduduk setempat untuk bergotong royong memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada orang ramai. Sekaligus meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan penduduk yang terlibat mengenai kelebihan Ramadhan sekaligus dapat memupuk nilai murni dalam diri masing-masing
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: