Basic Canva ; Teknik Edit Poster Stylo
7 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPengenalan Canva
Canva ialah sebuah aplikasi untuk reka bentuk yang boleh digunakan untuk semua orang. Sebagai contoh, maksudnya jika seseorang itu tiada kemahiran grafik pun, nescaya dengan adanya canva seseorang itu boleh mula buat rekaan pertama melalui aplikasi canva dengan reka bentuk tersendiri. Selain itu, kita juga boleh reka cipta apa-apa sahaja yang boleh dicetak, dokumen dalam format PDFcontognya seperti invois, flyers, sehinggalah grafik untuk siaran di platform digital seperti infografik dan rekaan laman web. Di samping itu, bergantung juga kepada kemahiran dan kreativiti kita. Kita boleh mulakan dengan rekaan sendiri sepenuhnya atau gunakan templat sedia ada yang disediakan di Canva. Sehubungan dengan itu, kita juga boleh menggunakan aplikasi Canva sama ada melalui telefon pintar atau komputer peribadi.
Pada 6hb Oktober 2022, bertempat di Ncer Kangar Perlis telah diadakan bengkel teknik edit poster stylo menggunakan aplikasi canva kepada semua usahawa-usahawan yang terlibat di Perlis. Oleh hal yang demikian kami telah menggunakan aplikasi canva ini untuk mengajar usahawan-usahawan ini bagaimana caranya untuk menghasilkan poster yang terbaik dengan menggunakan aplikasi canva.
Objektif bengkel :
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh usahawan-usahawan kecil dalam memperkembangkan perniagaan mereka.
- Membantu usahawan-usahawan ini dalam mempromosikan produk mereka,
- Membantu mengurangkan kos atau menjimatkan wang,
Manfaat yang diperolehi oleh usahawan
Antara manfaat atau faedah yang diperolehi oleh usahawan-usahawan ini adalah mereka dapat menjimtkan masa mereka. Hal ini demikian kerana mereka tidak lagi perlu bersusah payah untuk ke kedai dan menunggu giliran untuk membuat reka bentuk di kedai. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan aplikasi ini di mana-mana sahaja mereka mahu dan bila-bila sahaja. Hal ini kerana aplikasi ini boleh digunakan di dalam telefon pintar sendiri sementara menunggu melakukan kerja yang lain. Selain daripada itu, aplikasi ini juga dapat menjimatkan wang usahawan ini. Hal ini kerana dengan menggunakan aplikasi canva ini mereka dapat menjimatkan wang mereka melalui mencipta design mereka sendiri. Jika mereka pergi ke kedai untuk reka cipta bentuk sendiri mereka terpaksa membayar atau dikenakan caj yang tinggi beserta caj percetakan juga akan dikenakan. Selain itu, tiada caj juga dikenakan kepada penggunakan yang menggunakan Canva FREE.
Kesimpualan
Kesimpulannya, Canva merupakan salah satu aplikasi yang sewajarnya digunakan untuk semua orang terutamanya kepada usahawan-usahawan kecil yang ingin memulakan perniagaan mereka. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan canva ini ia dapat membantu mereka membuat banner, logo atau poster sendiri dengan reka bentuk yang tersendiri. Hal ini juga dapat memudahkan urusan seharian mereka kerana dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: