Program Hari Sukan Negara Perpustakaan Desa Tambun Tulang
9 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 8 Oktober 2024, NADI Batas Lintang dan NADI Tambun Tulang menerima jemputan dari Perpustakaan Desa Tambun Tulang untuk menjayakan Program Hari Sukan Negara bersama kanak – kanak Tadika Islam yang berumur 4 tahun sehingga 6 tahun. Ibu Bapa kanak – kanak tersebut juga di wajibkan untuk menyertai program tersebut bersama anak – anak mereka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan bersukan dalam aspek kesihatan kepada kanak – kanak agar mereka lebih mementingkan kekuatan fizikal dan mental yang baik. Selain itu, program ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kanak – kanak dan ibu bapa dalam meluangkan masa bersama ketika program berlangsung.
Antara aktiviti yang diadakan semasa program dijalankan ialah bawa bola pingpong dalam sudu, acara boling tin, merentas keliling perpustakaan sebanyak 3km (pergi dan balik) dan tiup belon hingga pecah. Sehubungan dengan itu, acara pemberian hadiah juga turut diadakan di akhir majlis dan jamuan makan disediakan kepada peserta yang hadir setelah penat lelah mereka menyertai program tersebut.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: