Aktiviti Stem: Build A Spaceflight Lego Challenge
6 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 April 2024, telah di adakan aktiviti stem iaitu, Build A Spaceflight Lego Challenge. Aktiviti ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada pihak Tadika Simpang Ampat Perlis. Program berlangsung di NADI Batas Lintang dan peserta terdiri dari golongan kanak kanak. Permainan lego adalah aktiviti yang sesuai diadakan bagi golongan kanak kanak dan menjadi permainan terkenal di dunia. Cara bermain telah di beri tunjuk ajar melalui buku manual bagi mewujudkan objek yang lengkap. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempelbagaikan pembelajaran kanak kanak dengan cara yang lebih menyeronokkan melalui pelbagai warna, bentuk dan kreativiti kanak kanak dalam membina sesuatu objek menjadi sempurna. Selain itu, permainan ini juga dapat mengembangkan imaginasi kanak kanak dengan pelbagai bentuk dengan cara mewujudkan sesuatu objek dari pelbagai warna.
Kesimpulanya, dengan hasil kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini, pihak NADI Batas Lintang dan Tadika Simpang Ampat dapat memantapkan hubungan silaturahim dalam menarik minat kanak kanak mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: