Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)
28 Januari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Januari 2015, jam 3.30 petang hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Orang Ramai Batas Lintang berlangsung program KOSPEN.Program KOSPEN merupakan program saringan kesihatan kepada penduduk kampung anjuran ahli AJK kampung dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama pengurusan PI Batas Lintang.Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan kesihatan, amalan pemakanan sihat,cara hidup yang aktif, pengurusan berat badan dan kempen tidak merokok. Aktiviti yang dijalankan telah mendapat penyertaan yang mengalakan dari penduduk kampung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: