ITU Drawing & Video Competition
27 Apri 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 26 April 2015 bertempat di PI Batas Lintang pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang telah berlangsung aktiviti pertandingan melukis dan mewarna serta ucapan video sempena Ulang Tahun ke 150 ITU (International Telecomunication Union). Seramai 11 orang peserta yang terdiri dari usia bawah 16 tahun telah mengambil bahagian. Tema bagi melukis dan mewarna adalah "Imagine the connected word in 2065". Terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu kategori 5-7 tahun (melukis & mewarna), 8-11 tahun (melukis & mewarna), 12-16 tahun (melukis & mewarna) dan ucapan video ulang tahun ITU berdurasi 20 saat. Perserta dibenarkan mencari idea menggunakan internet dan menggunakan kertas dan pensil warna yang telah disediakan untuk melakar hasil lukisan masing - masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: