Lawatan Usahawan MDPS Ke D Adna Laksa House
12 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 March 2018 telah berlangsung Program mempromosi usahawan dibawah team MDPS ke D Adna Laksa House. Program berlangsung di D Adna Laksa House. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara dan informasi berkenaan selok-belok berkaitan pengurusan D Adna Laksa House dari segi pemasaran dan servis di premis, disamping menimba sedikit idea dari pengusaha. Bagi pihak MDPS kami berharap langkah mempromosi usahawan ini dapat membantu perniagaan usahawan terbabit berkembang ke suatu tahap yang membanggakan. Video dan post berkaitan usahawan ini telah di kongsi melalui page Menarik Di Perlis Selatan yang dikendalikan oleh team Pusat Internet 1 Malaysia Maxis Perlis.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu ushawan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: