Kelas ICT bersama Pelajar Pendidikan Khas SK Kayang
19 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Batas Lintang telah mengadakan Program Bersama Pelajar SK Kayang. Program yang diadakan di Pusat Internet Batas Lintang ini telah disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri dari pelajar khas dan program tersebut berlangsung dari jam 9.00 petang hingga 1.00 petang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar khas untuk turut bersama mengunjungi pusat internet serta mendedahkan kepada mereka kepentingan internet kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan umur. Program ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk terus belajar penggunaan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: