Basic ICT dan Microsoft Office Word
27 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 26 Disember 2020, Pusat Internet telah membuat kelas basic ICT dan Microsoft Word. Untuk makluman, kelas bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kakitangan Pusat Internet Komuniti memberi penerangan kepada peserta berkaitan pengenalan ringkas berkaitan komputer, internet dan perkara yang berkaitan. Seterusnya, peserta diberi latihan untuk menaip karangan. Latihan tersebut perlu dibuat bagi melatih peserta untuk mahir menaip. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan berkaitan penggunaan Microsoft Word. Oleh itu, kakitangan Pusat Internet Komuniti banyak membantu peserta semasa kelas diadakan bagi melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: