Kelas Microsoft Office Word
28 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 27 Disember 2020: Pusat Internet telah membuat kelas Microsoft Word. Untuk makluman, kelas bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kakitangan Pusat Internet Komuniti Batas Lintang memberi penerangan kepada peserta cara-cara untuk membuat surat rasmi. Selain itu, peserta juga diberi penerangan berkaitan tools yang terdapat di dalam Microsoft Word serta fungsi-fungsinya. Aktiviti ini membolehkan peserta lebih berkeyakinan untuk membuat surat-surat yang rasmi serta lain-lain surat dan meningkatkan kemahiran penggunaan komputer kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: