Taklimat Pendaftaran Perniagaan Secara Atas Talian
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2021: Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah membuat satu Taklimat Pendaftaran Perniagaan secara atas talian kepada usahawan dan staff PEDi Batas Lintang. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberi perkongsian maklumat berkaitan Pendaftaran Perniagaan. Untuk makluman, insentif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah diperkenalkan kepada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin mendaftarkan perniagaan secara percuma. Diharapkan dengan program yang diadakan ini membolehkan orang ramai mengambil peluang untuk membuat pendaftaran perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: