Program Pemasaran Atas Talian Dengan Kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara IKBN
25 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 April 2021 : Pusat Internet Komuniti Maxis, Perlis dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara IKBN telah mengadakan satu program iaitu bertajuk Pemasaran Atas Talian kepada pelajar IKBN. Program bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Program tersebut diadakan di Pusat Internet Komuniti Padang Besar Selatan.
Peserta didedahkan dengan cara-cara untuk mempromosi perniagaan secara atas talian menggunakan platform media sosial dan aplikasi lain . Selain itu, mereka juga diajar cara untuk membuat Copy-Writing untuk mempromoasikan produk yang akan dijual. Staf Pusat Internet Komuniti banyak memberi tunjuk ajar kepada peserta yang mengikuti program tersebut.
Diharapkan dengan kerjasama ini staff Pusat Internet Komuniti dapat berkongsi tip-tip pemasaran secara atas talian kepada peserta. Seterusnya dapat menarik minat mereka menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: