Kelas Microsoft Word (Penyediaan Resume)
2 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 1 Januari 2021: Pusat Internet Komunti telah menjalankan Kelas Microsoft Word bagi peserta menyediakan resume mereka. Kelas bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kelas ini adalah bertujuan mengajar pelajar cara membuat resume dengan betul untuk tujuan memohon pekerjaan dimasa akan datang. Pelajar diajar cara membuat resume menggunakan Microsoft Words dan juga melihat contoh resume yang terkini di web browser "Google". Resume yang siap dihasilkan di cetak untuk tujuan rujukan dan simpanan. Peserta juga diajar cara untuk mengisi dan mengemaskini laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (Spa9) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk mencari pekerjaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: