Basic Photophone
4 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 April 2021: Pusat Internet Komuniti batas Lintang mengadakan kelas basic photophone kepada peserta dalam lingkungan umur 10 tahun hingga 13 tahun. Kelas bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Peserta diajar asas teknik menangkap gambar dengan menggunakan telefon pintar. Peserta juga diberi penerangan tentang pergerakan telefon dan kelebihan menggunakan telefon pintar dalam fotografi. Melalui kelas ini, peserta yang baru berjinak dalam bidang fotografi dapat mengedit gambar dengan teknik yang tepat.
Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan Pusat Internet Komuniti kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: