Jom Tingkatkan Kemahiran Menaip Dengan Pantas
3 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 April 2021: Pusat Internet Komuniti Batas Lintang telah mengadakan kelas Jom Tingkatkan Kemahiran Menaip Dengan Pantas kepada 2 orang peserta yang berumur 9 tahun dan 15 tahun. Kelas bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Peserta dilatih untuk menaip dengan pantas serta kurangkan melihat keyboard dan tumpukan kepada penulisan. Peserta perlu melihat ayat yang hendak ditulis dan hafal kedudukan huruf pada papan kekunci komputer peserta. Oleh itu, dengan cara ini kelajuan menaip dapat ditingkatkan. Staff PIK membantu peserta untuk melatih tahap kemahiran menaip mereka dengan memberi penerangan dan tip-tip yang membolehkan peserta untuk mempertingkatkan kepantasan menaip mereka. Untuk makluman, kemahiran menaip adalah kemahiran seseorang itu menaip dengan lancar tanpa ada kesalahan. Kepantasan menaip ini diukur berdasarkan Perkataan Per Minit (P.S.M) atau Word Per Minute (W.P.M).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: