Basic ICT dan Kelas Microsoft Office Word
5 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 April 2021: Pusat Internet Komuniti telah mengadakan Basic ICT dan Kelas Microsoft Office Word. Kelas bermula pada jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat peserta menggunakan komputer. Peserta juga didedahkan berkaitan asas ICT. Seterusnya, peserta dikehendaki menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Office Word dengan format yang betul. Seterusnya, staff Pusat Internet juga banyak membantu peserta serta memberi pendedahan kepada peserta berkaitan aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemahiran menaip serta pengetahuan asas komputer peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: