Program Mobalisasi Vaksin Komuniti Pemberian Dos Kedua MOVAK-PR1MA @ Perlis
16 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 dan 15 September 2021, telah berlangsungnya Program Mobalisasi Vaksin Komuniti Pemberian Dos Kedua MOVAK –PR1MA@Perlis bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Batas Lintang. Program ini juga turut dilawati oleh Yb Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, DUN Simpang Empat. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan program tersebut. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi vaksin kepada komuniti setempat dan mempercepatkan masyarakat Perlis menerima vaksin sebagai langkah perlindungan dari penyakit berjangkit iaitu Covid -19 yang melanda seluruh negara. Staff PIK berharap, semoga dengan program yang diadakan di sekitar kawasan Pusat Internet Komuniti dapat mempromosikan PIK kepada masyarakat setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: