Taklimat Pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
14 Julai 2022 | Aktiviti Terkini13 Julai 2022, Rabu – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) negeri Perlis telah dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat kesedaran yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Taklimat tersebut telah diadakan secara maya menerusi platform Microsoft Teams (Ms Teams) dan dikendalikan oleh Eksekutif dari Seksyen Operasi,SSM. Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan Pendaftaran Perniagaan. Antara topik yang dikongsikan adalah berkaitan pengenalan dan fungsi SSM, jenis-jenis entiti perniagaan, SSM BizTrust, produk SSM, tutorial pendaftaran serta pengaktifan ID pengguna di EzBiz Online
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: