Kursus Digital JPKK Dun Simpang Empat
21 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2022, Staf Pusat Ekonomi Digital ( PEDi Batas Lintang mendapat jemputan sebagai tenaga pengajar dari pihak Bahagian Pentadbiran Daerah negeri Perlis bagi memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri dari Pengerusi dan Setiausaha JPKK bagi setiap kampung yang berada di kawasan Dun Simpang Empat.
Program dimulakan dengan staf PEDi memberi Taklimat Advokasi modul Maklumat Palsu dan Penipuan Atas Talian. Setelah itu, staf PEDi memberi taklimat tentang modul Pengurusan Mesyuarat dan Penyediaan Minit Mesyuarat kepada peserta. Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Program ini dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: