Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
13 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2022, JPKK Kampung Batas Lintang telah mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Batas Lintang (PEDi). Jamuan rumah terbuka ini dapat mengeratkan Komuniti setempat dalam kerjasama menjayakan program ini. Pelbagai kaum juga dapat menikmati suasana Hari Raya Aidilfitri yang di raikan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Batas Lintang (PEDi). Amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Di Majlis ini juga, JPKK dan PEDi menjemput YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim iaitu Menteri Wilayah Persekutuan bagi memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: