Program Giat Mara (Microsoft Word & Powerpoint)
31 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 30 March 2022, Giat Mara dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi Maxis) mengajar dan membimbing peserta yang terdiri daripada pelajar giat mara arau seramai 10 orang cara untuk membuat resume dan perancangan kewangan menggunakan Microsoft word. Peserta juga diberi tugasan untuk membuat resume mengikut daya kreativiti masing-masing.
Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Program seperti ini meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia. Peserta juga akan menerima latihan yang sesuai dengan pasaran dan kehendak majikan hari ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: