MyFutureJobs Bersama PERKESO
7 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 06 Oktober 2022, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batas Lintang telah mengadakan satu program iaitu Program MYFutureJobs untuk komuniti disini terutama kepada golongan belia. MYFutureJobs adalah portal yang dibangunkan bagi menggantikan portal JobMalaysia yang digunakan sebelum ini dan MYFutureJobs merupakan portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
MYFutureJobs adalah Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. Cara Daftar Pencari Pekerjaan (Job Seeker)
Kepada pencari kerja,anda boleh buat pendaftran mencari pekerjaan melalui portal Myfuturejobs melalui langkah seperti berikut:
- Layari portal MYFutureJobs
- Anda boleh mengubah Bahasa portal terlebih dahulu jika mahu menggunakan Bahasa Melayu kerana portal tersedia dalam English
- Klik bahagian paling kanan untuk ubah menu Bahasa.
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas tengah skrin
- Dalam paparan seterusnya, klik butang ‘Register’
- Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
- Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
- Masukkan semua maklumat yang di perlukan yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: