Majlis Penyerahan Dokumentasi Profil Kampung
21 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2022, Pegawai Kemajuan Kampung telah mengadakan Penyerahan Dokumentasi Profil Kampung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batas Lintang kepada Ketua-Ketua Cawangan ADUN Simpang Ampat. Penyampaian Penyerahan Dokumentasi Profil Kampung YB Tuan Nurulhisham bin Yaakob menyempurnakan lagi majlis tersebut. Objektif utama SPKPN dibangunkan adalah untuk mewujudkan satu pangkalan data profil kampung yang komprehensif dan menjadi rujukan utama peringkat nasional serta Mengukur tahap atau indeks kesejahteraan hidup sesebuah kampung dan Memberi panduan dalam perancangan dasar dan strategi pembangunan negara (bandar dan luar bandar) pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: