Teknik Pemasaran Digital Shoppe Kerjasama Bersama Mardi Perlis
6 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 oktober 2022, Rakan Digital telah mengadakan satu program Teknik pemasaran digital shoppe di PEDi Tambun Tulang, Perlis. Teknik pemasaran digital shoppe merupakan salah satu cara untuk menerangkan bagaimana untuk menggunakan platform shoppe untuk memulakan sesuatu perniagaan. Shoppe juga bukan sahaja dapat digunakan untuk membeli barang malah dapat membantu usahawan-usahawan kecil berniaga di platform ini. Hal ini demikian kerana dengan adanya platform ini para peniaga dapat menjual barang-barang sama ada makanan dan pakaian dengan lebih mudah dan jimat.
Terdapat pelbagai e-commerce yang boleh digunakan oleh ushawan-usahawan kecil contohnya seperti lazada, alibaba.com., facebook dan Instagram. Namun yang demikian, shoppe adalah salah satu platform yang mudah dan cepat yang dapat digunakan oleh mereka kerana ia tidak mempunyai yuran pendaftaran untuk didaftarkan apabila ingin memulakan perniagaan di sini.
Objektif program :
- Membantu usahawan-usahawan kecil untuk memperkembangkan perniagaan mereka melalui rangkaian digital yang disediakan
- Mempercepatkan proses penggunaan rantaian platform shoppe sebagai pilihan untuk memudahakn urusan usahawan-usahawan ini.
- Menjimatkan wang dengan membeli pelbagai bahan untuk mempamerkan produk mereka.
- Memberi tunjuk ajar kepada usahawan bagaimana untuk menarik minat pembeli untuk membeli barang mereka.
- Bantu menyelesaikan masalah-masalah yang di hadapi oleh usahawan-usahawan ini.
Manfaat dalam mengikuti program teknik pemasaran digital Shoppe.
Faedah atau manfaat yang diperolehi oleh usahawan-usahawan kecil ini adalah mereka dapat memperkembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi Shoppe ini. Hal ini kerana banyak perkara yang dapat dilakukan dengan mudah dan dapat membantu mereka dalam menjalani urusan seharian mereka. Antara contohnya ialah mereka tidak perlu mendaftar ssm apabila mendaftar untuk berniaga di shoppe. Oleh hal yang demikian, ia telah memudahkan urusan perniagaan untuk bersusah payah pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan daftar niaga terlebih dahulu.
Selain daripada itu, aplikasi digital Shoppe ini juga tidak mempunyai kontrak untuk berniaga malah sesiapa sahaja boleh berniaga di platform ini. Begitu mudah bukan? Jika mereka berniaga di luar sana mereka terpaksa membuat SSM dan apabila tarikh ittu mati mereka perlu pergi untuk menyambung tarikh seterusnya. Selain itu, jika mereka mempunyai perjanjian atau kontrak dalam satu-satu tempat untuk berniaga dan kontrak itu telah tamat mereka perlu mencari tempat lain untuk berniaga. Hal ini telah menyusahakan usahawan-usahawan ini untuk berniaga. Oleh itu, Shoppe merupakan salah satu platform yang terbaik untuk mereka berniaga kerana tidak mempunyi kontrak untuk berniaga.
Kesan dalam mengikuti program teknik pemasaran digital shoppe.
Terdapat beberapa kesan yang diperoleh oleh usahawan-usahawan ini antaranya adalah mereka dapat menjimatkan masa mereka. Hal ini kerana mereka tidak perlu beratur panjang di pejabat pos untuk membuat penghantaran kepada pembeli. Hal ini demikian kerana pihak kurier akan datang ke lokasi kita untuk mengambil barang untuk menghantar kepada pembeli. Oleh itu, peniaga dapat menjimatkan masa mereka untuk beratur panjang di pejabat pos.
Selain daripada itu, dengan adanya “FREE SHIPPING” yang diberikan oleh pihak Shoppe ia dapat menjimat wang untuk proses penghantaran. Hal ini memberi kesan kepada pembeli dan peniaga kerana dapat menjimatkan wang mereka keluar untuk proses penghantaran barang kepada mereka. Di samping itu, salah satu kesan yang baik kepada usahawan adalah kami mengajar mereka untuk menghias kedai mereka di shoppe. Hal ini dapat membantu mereka untuk menarik minat pembeli untuk membeli barang-barang di kedai mereka.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kami dapat memberi bimbingan dan membantu para usahawan ini untuk mempromosikan dan memperkembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi digital Shoppe ini. Usahawan-usahawan kecil ini sangat berpuas hati dapat memperluaskan produk mereka dan mereka dapat mempelajari ilmu digital ini dengan lebih mendalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: