Kelas Literasi Digital (Kad Raya Digital)
16 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2023, Tujuan utama bagi Kelas Literasi Digital ialah mendedahkan peserta dengan kemahiran penggunaan komputer, perisian dan internet serta keupayaan mengenal pasti, menilai dan menganalisis maklumat melalui teknologi digital. Peserta diajar bagaimana cara untuk menghasilkan kad raya digital menggunakan aplikasi Canva mengikut kreativiti masing-masing.
Setelah itu, peserta diberi pendidikan berkenaan advokasi digital di mana peserta dinasihatkan supaya merahsiakan maklumat peribadi di media sosial seperti kata laluan akaun tertentu. Mereka juga diminta untuk menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya dengan melayari portal Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: