Kelas Masakan KEMAS di Perpustakaan Desa Bohor Mali
4 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 3 Ogos 2023, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjemput pihak PEDi Batas Lintang & PEDi Tambun Tulang untuk menyertai kelas masakan yang diadakan bersama komuniti. Pada minggu tersebut, peserta diberi tugasan menyediakan hidangan dessert. Antara modul yang digunakan ialah Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Timur, Pastri, Bakeri dan Kuih-muih Melayu, Program sebegini dapat mengeratkan hubungan staff PEDi dan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: