Kelas Masakan KEMAS
14 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2023, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjemput pihak PEDi Batas Lintang & PEDi Tambun Tulang untuk menyertai kelas masakan yang diadakan bersama komuniti. Pada minggu tersebut, peserta diberi tugasan menyediakan hidangan berasaskan kentang. Antara modul yang digunakan ialah Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Timur, Pastri dan Bakeri, Kuih-muih Melayu, Pengurusan Penyajian Makanan dan Pemprosesan Makanan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti kelas dan memenuhi kurikulum yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: