Kelas Asas Shopee
20 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPerkembangan teknologi informasi yang pesat telah membawa pengaruh dan perubahan baharu terutamanya dalam bidan perniagaan. Kini, E-commerce telah menjadi satu platform kepada usahawan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Salah satu E-commerce yang sering digunakan oleh usahawan adalah Shopee. Shopee merupakan sebuah aplikasi E-commerce yang mudah alih dimana pengguna boleh melayari, membeli dan menjual di mana sahaja.
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan IKS terutamanya di Ranau mengenai pemasaran secara atas talian dengan menggunakan platform Shopee. Dalam kelas ini, terdapat beberapa perkongsian yang telah dijalankan kepada peserta iaitu:
- Cara membuka akaun Shopee khas untuk seller
- Cara setup kedai Shopee seperti nama kedai, logo, description, dan sebagainya
- Cara masukkan produk ke dalam akaun Shopee
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: