Program Keusahawanan Digital Giatmara
15 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 13 & 14 March 2022, Giatmara dengan kerjasama beberapa buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi Maxis) mengajar dan membimbing peserta yang terdiri daripada pelajar Giatmara cara membuat perancangan kewangan menggunakan Microsoft word. Peserta juga diberi tugasan untuk membuat perancangan kewangan secara berkumpulan mengikut daya kreativiti masing-masing.
Selain itu, pelajar juga diajar cara teknik mengambil gambar produk dengan betul, edit poster dan logo. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Program seperti ini meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia. Peserta juga akan menerima latihan yang sesuai dengan pasaran dan kehendak majikan hari ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: