Stem – Kuiz Sains (Kenali Haiwan)
19 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2024, NADI Batas Lintang telah mengadakan kelas STEM kepada kanak – kanak iaitu Kuiz Sains (Kenali Haiwan). Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan asas sains mengenaik jenis haiwan yang terdapat di dalam hutan. Selain itu, kanak – kanak juga di beri pendedahan untuk mngenali haiwan melalui bunyi - bunyian seperti kucing, katak, burung dan sebagainya. Kelebihan aktiviti ini juga dapat menguji tahap peka kanak – kanak terhadap bunyian agar lebih mengenali haiwan sekeliling. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: