Kelas Masakan Nasi Ayam Klasik
3 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 2 September 2024, NADI Batas Lintang berkerjasama dengan KEMAS untuk menjayakan aktiviti Kelas Masakan Nasi Ayam Klasik. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajak komuniti yang berminat dalam menceburi perniagaan dalam bidang masakan. Nasi ayam menjadi pilihan kerana bahan yang mudah didapati dan proses pembuatan yang mudah dilakukan. Selain itu, kelas ini juga dapat memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar memasak dengan tunjuk ajar yang mudah difahami dan staff juga memastikan agar komuniti dapat menerima tunjuk ajar yang diberikan. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: