Membaca Jarum Jam
24 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Batas Lintang telah mengadakan kelas membaca jarum jam secara terbuka kepada kanak – kanak komuniti Batas Lintang. Selain mengetahui minit dan jam, mereka juga diberikan pendedahan tentang mengenali bulan dalam kalender dan nama – nama bagi setiap bulan dalam kalender tersebut. Sesi menjawab dan melukis jam juga diadakan dalam membentuk kreativiti dan tahap pengetahuan kanak – kanak tersebut. Hal ini kerana masa adalah pengetahuan asas untuk dikenali dalam kehidupan seharian agar kanak – kanak tahu nilai masa adalah emas untuk membentuk kejayaan pada masa akan datang.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan dapat memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: