Kangar City Duathlon
4 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPEDi Batas Lintang telah menjadi sukarelawan bersama beberapa PEDi lain di Perlis dalam menjayakan dan memudahkan penganjur bagi program Kangar City Duathlon yang berlangsung pada hari Sabtu. Sumbangan dari segi tenaga ini ialah sumbangan yang sangat diperlukan oleh sesuatu organisasi daripada sukarelawan-sukarelawan. Kita sedang membawa suatu persepsi yang baik kepada masyarakat iaitu aktiviti membantu ini ialah suatu aktiviti yang mulia.Fitrah manusia ini suka dibantu.
Jadi, melalui aktiviti kesukarelawanan, masyarakat akan terdidik oleh apa yang kita lakukan, apa yang kita amalkan, iaitu memberi bantuan.Tugas kita sukarelawan juga ialah untuk mengajak mereka atau memahamkan mereka bahawa terdapat pelbagai faedah dan manfaat yang mereka boleh serap daripada aktiviti kesukarelawan ini.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan.
Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: