Program Pembukaan Akaun CIMB
10 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 9 Oktober 2024, NADI Batas Lintang dan NADI Tambun Tulang menerima undangan dari pihak CIMB Berhad Alor Setar dalam menjayakan program Pembukaan Akaun dan ASNB kepada komuniti setempat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar yang mengalami kekangan masa untuk membuka akaun di pejabat CIMB dan mempunyai masalah yang berkaitan seperti tiada surat pengesahan dari majikan untuk pembukaan akaun kerana tidak berkerja dan sebagainya.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: