Kelas Masakan KEMAS ( Kek Kukus)
30 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 Januari, PEDi Batas Lintang telah bekerjasama dengan KEMAS Simpang Ampat untuk mengadakan kelas masakan. Kelas masakan ini diadakan pada setiap minggu pada hari isnin jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih dan menarik minat peserta menghasilkan pelbagai jenis roti dan ban, kek dan kuih/ biskut yang boleh dikomersialkan.
Selain itu, staff PEDi turut memberi pendedahan dan pengetahuan dalam pembangunan keusahawanan kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: