Jamuan Hari Raya Aidilfitri
6 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 May 2024, telah diadakan jamuan perayaan di perkarangan NADI Batas Lintang dan majlis telah berlangsung dengan jayanya dengan bantuan komuniti setempat. Terdapat beberapa ahli jawatankuasa yang telah dijemput dalam memeriahkan majlis seperti Jawatankuasa Ketua Kampung, Kelab Rukun Tetangga dan juga komuniti Batas Lintang sendiri. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan di hari perayaan, dan sikap saling kerjasama antara komuniti dalam menjayakan majlis.
Kesimpulanya, dengan hasil kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini, pihak NADI Batas Lintang, Ketua Kampung, Kelab Rukun Tetangga dan komuniti dapat menjalinkan hubungan baik selain dapat mempromosikan kelebihan NADI kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: