Entreprenuership @ Rancangan Pelan Perniagaan dan Logo Syarikat
9 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 8 Ogos 2024, Giatmara Kangar telah menjemput NADI dalam menjayakan program Entreprenuership @ Rancangan Pelan Perniagaan Dan Logo Syarikat yang bertempat di NADI RPA Arau. NADI Tambun Tulang juga turut serta dalam menjayakan program tersebut agar berjalan dengan lancar. Antara aktiviti semasa program dijalankan ialah, membuat pelan perniagaan dan logo syarikat. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang langkah – langkah awal dalam memulakan perniagaan yang memerlukan pinjaman modal daripada syarikat tertentu yang dipercayai dengan membuat pelan rancangan perniagaan. Selain itu, Pelajar juga di beri tunjuk ajar tentang cara membuat logo syarikat menggunakan aplikasi CANVA supaya syarikat mudah dikenali oleh masyarakat melalui logo tersendiri. Selain aplikasi CANVA, NADI juga memberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan Microsoft Power Point untuk membuat pembentangan pelan perniagaan. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: