Typing Skill (Kerja Kursus SPM)
13 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 11 & 12 Ogos 2024, NADI Batas Lintang bekerjasama dalam membantu kalangan pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan SPM untuk menyelesaikan kerja kursus. Antara ilmu yang telah didedahkan kepada pelajar ialah, asas ict dan typing skill. Tujuan asas ict dan typing skill kepada pelajar adalah kerana kebanyakan pelajar sekolah masih tidak tahu cara untuk menggunakan microsoft word dan asas tentang ict. Sesuai dengan peredaran zaman yang banyak menggunakan teknologi digital, staff NADI mengambil kesempatan ini untuk mengajar sedikit sebanyak mengenai ict dan asas – asas lain yang diperlukan oleh pelajar ketika membuat kerja kursus. Selain membuat kerja kursus, pelajar jugak boleh terapkan ilmu yang telah didedahkan oleh staff NADI untuk tugas – tugas yang lain pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: