ICT @ Asas Microsoft Word (Kertas Kerja)
17 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2024, NADI Batas Lintang telah membuka peluang secara terbuka di kalangan komuniti untuk mempelajari asas Microsoft Word terutama sekali dalam membuat kertas kerja. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti dalam mengenali asas Microsoft Word dengan format yang betul dan memantapkan typing skills di kalangan komuniti. Kepentingan mempelajari Microsoft Word ini kerana generasi kini adalah generasi yang banyak menggunakan kaedah ict dalam tugasan harian dan dengan ilmu yang telah diterapkan oleh staff NADI, sekaligus dapat memudahkan urusan komuniti yang banyak menggunakan komputer semasa bekerja. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: