Kelas Microsoft Office Word 2013
14 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Jun 2015, jam 2.00 hingga 4.00 petang, PI Batas Lintang telah menganjurkan Kelas Microsoft Office Word 2013. Kursus bertujuan untuk memberi latihan tentang asas pengunaan aplikasi Microsoft Office Word 2013 kepada ahli dan golongan pelajar di sekitar Pusat Internet 1 Malaysia Batas Lintang. Seramai 9 Peserta telah mengambil bahagian.Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah memberi pengenalan aplikasi Word 2013 kepada para peserta, latihan menaip untuk memudahkan membuat tugasan sekolah, memantapkan kemahiran asas IT para pelajar dan mendedahkan penggunaan serta kemudahan PI kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: