Kempen Klik dengan Bijak
28 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Mei 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi telah berlangsung Program "Klik dengan Bijak". Program dianjurkan dengan kerjasama enam Pusat Internet 1 Malaysia iaitu PI Batas Lintang, PI Kg Surau, PI Tambun Tulang, PI RPA Arau, PI Padang Besar (S) dan PI Pokok Jawi. Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga pada ibu bapa dan penjaga. Kempen "Klik dengan Bijak" adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat merangkumi kesemua perkata yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.Kempen ini telah berjaya mengumpulkan seramai 189 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: