Latihan Pengurusan Maklumat Sukarelawan Kesihatan (KOSPEN) & Klik Dengan Bijak
7 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 6 Ogos 2015 jam 9.00 hingga 11.00 pagi bertempat di PI Batas Lintang telah berlangsung program Klik Dengan Bijak (KDB) dan Latihan Pengurusan Maklumat Sukarelawan KOSPEN yang bertujuan melatih komuniti untuk menjadi sukarelawan KOSPEN dan latihan tersebut mengajar komuniti mengisi data kesihatan secara talian dan taklimat Klik dengan Bijak. Seramai 8 orang peserta terdiri dari 5 lelaki dan 3 perempuan telah terlibat dalam program yang telah dianjurkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: