Kem Pemantapan Ict Dan Usahawan Intel
19 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 16, 17 dan 18 Oktober 2015 yang lalu, telah berlangsung Kem Pemantapan ICT dan Usahawan Intel bagi pelajar Tingkatan Enam Rendah Sekolah-sekolah Negeri Perlis. Kem ini merupakan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Internet 1 Malaysia Negeri Perlis. Kem ini diadakan di Pusat Kokurikulum, Kem Tasoh, Perlis. Kem ini melibatkan seramai 60 Orang pelajar dan turut dikelolakan oleh staf Pusat Internet 1 Malaysia. Tujuan program ini diadakan bagi memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT serta dalam Pengurusan Maklumat. Selain itu juga, peserta dapat meninjau dan meneroka perkembangan teknologi ICT dengan lebih mendalam lagi. Program ini juga diadakan bagi memupuk nilai usahawan dalam kalangan peserta. Mereka juga dapat meningkatkan kemahiran membuat pembentangan. Kem ini juga diadakan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri para peserta.selain itu, mereka juga didedahkan tentang Kempen Klik Dengan Bijak iaitu mengenai kewaspadaan mereka dalam menggunakan internet lebih-lebih lagi dalam Laman Sosial. Pelbagai aktiviti turut dijalankan antaranya riadah bersama pelajar, Bengkel Microsoft Office, aktiviti Character Building di mana ia melibatkan aktiviti Explorace. Selain itu juga, Kursus Keusahawanan Intel juga turut diadakan bagi mendedahkan para pelajar dalam bidang Usahawan dan mereka dapat menerapkan nilai-nilai seorang usahawan dalam diri mereka. Mereka juga turut menghasilkan produk mereka iaitu baju yang dicop dengan logo yang dicipta oleh kumpulan mereka sendiri. Para pelajar juga turut didedahkan tentang cara perbentangan di mana mereka perlu membentangkan tentang syarikat dan produk yang mereka hasilkan. Pelbagai pihak turut terlibat secara langsung antaranya ialah JPN, PI PERLIS, SKMM, MAXIS, dan lain-lain lagi. Majlis ini dirasmikan oleh En, Yusoff Bin Man iaitu Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Perlis. Dengan adanya kem seperti ini, ia dapat melahirkan golongan modal insan yang celik dalam bidang IT. Selain itu, ia dapat memupuk sikap dan nilai-nilai sebagai seorang usahawan serta dapat merapatkan jurang antara komuniti dan PI di samping dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: