Program Heritage Explorace
01 September 2016 | Aktiviti TerkiniPada 31 Ogos 2016, Muzium Kota Kayang Perlis telah menganjurkan program merdeka bersama pelajar sekolah dimana Pusat Internet 1 Malaysia Perlis telah dijemput untuk membantu program ini. Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 2,3 dan 4 dari sekolah-sekolah sekitar Perlis. Pelbagai aktiviti yang dilakukan di dalam program tersebut seperti explorace dan sebagainya.
Aktiviti yang diadakan ini mampu menaikkan semangat merdeka dalam diri peserta kerana mereka dapat belajar banyak maklumat berkenaan sejarah Malaysia di muzium tersebut. Dengan adanya program seperti ini, ia dilihat mampu untuk mengeratkan hubungan pihak muzium dan pelajar dengan pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: